Petikan hadis akhir zaman tentang sungai furat ada disebutkan oleh Rasulullah SAW. Hadisnya bunyi begini: tidak akan berlaku kiamat sehingga nampaknya emas dari gunung sana yang terletak di sungai Furat. Akan terjadi berlakunya pembunuhan,99 orang akan terbunuh hanya 1 yang selamat. Setip orang dari mereka berkata,mungkin akulah yang akan terselamat. Hadis ini sahih direkodkan dari ulama muhaddisin iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim.

 

Baru ini berita tv3 telah menyiarkan tentang keadaan sungai Furat terkini. Mengesahkan ia berlaku keadaan cuaca yang sangat panas penyebabnya sungai Furat menjadi kering. Kajian pakar pula berkata ia merupakan fenomena musim panas yang sangat lampau penyebabnya tanah menjadi kering dan hinggakan air semakin susut.




 

Sungai Furat bukan fenomena alam yang membawa kepada berlakunya musim panas begitu ekstrim. Ia telah disebut oleh baginda sejak 1400 tahun dahulu tentang apabila terjadi berlakunya saat kiamat besar hampir tiba. Pelbagai peristiwa akan dilihat satu persatu di akhir zaman ini.

 

Kita sekarang berada di penghujung dunia. Janganlah kita merasakan bahawa dunia ini tanpa penghujungnya. Jika manusia hidup pasti akan mati. Begitu juga dengan dunia sekarang yang masih bernyawa nanti dunia sudah tidak lagi bernyawa.

 

Sebentar lagi kita akan melihat berlakunya peperangan yang amat dahsyat. Arab spring sudah mula kita melihat. Kini negara mereka sedang berbincang mengumpulkan tentera-tentera untuk saling bunuh-membunuh antara satu sama lain. Raja yang berada di Arab Saudi kini sudah mula nampakkan kemewahan dan menunjukkan kezaliman juga kerosakan atas muka bumi ini.

 

Negara Taiwan juga telah menyiapkan tenteranya hinggakan masuk ke negara China. Kapal Israel yang baru-baru ini sudah memasuki kawasan Malaysia. Mereka bukan masuk dengan berjalan sambal mencuci mata tetapi adanya strategi untuk menghancukan negara kita.

 

Saya juga telah mendengar dan menonton satu video di youtube. Mereka kaum Israel akan mula tawan negara kita di Malaysia. Ini membuktikan sasaran yang akan menjadi mangsa oleh kaum Yahudi Israel bukanlah seluruh bumi jazirah Arab sahaja tetapi Malaysia juga menjadi tempat menjadi sasaran. Termasuk juga negara jiran kita di seberang sana iaitu Indonesia.

 

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu atau singkatnya PBB teleh berbincang antara dua negara iaitu Cina dan Amerika. Mereka bermesyuarat mengapa kapal dari negara Taiwan memasuki kawasan Cina. Mereka cuba sedaya upaya untuk mendamaikan isu ini namun sebaliknya pelbagai peristiwa akan berlaku dalam masa terdekat.

 

Kita hanya siapkan diri dengan bekal iman dan ketakwaan. Kuatkan hati dan minda berkemungkinan sebarang peristiwa akan berlaku dalam masa terdekat. Sama ada di negara kita atau negara-negara lain.

 

Perang dunia pertama sudahpun berlalu,perang dunia kedua telahpun berlaku maka tinggallah perang dunia ketiga yang akan berlaku. Orang berkata sejarah takkan berulang tetapi kata baginda setiap peristiwa yang berada zaman lampau akan berulang kembali di akhir zaman ini.

 

Stay strong ya !